Suzuki V-Strom 250 SX Masuk Pasaran Filipina – RM18.6k

Susulan permintaan motosikal berkapasiti kecil dan sederhana semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara maka tidak hairanlah semakin banyak model diperkenalkan di rantau ini.

Terbaru, Suzuki memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX di pasaran Filipina dengan harga PHP229,00 (RM18.6k). 

Pelancaran tersebut secara tidak langsung menyaksikan Filipina menjadi negara kedua selepas India yang menerima model tersebut.

V-Strom SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.

Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

Menariknya, Suzuki V-Strom 250 SX ini juga telah dilihat menjalani ujian jalan raya di Malaysia sekaligus memberi bayangan akan dilancarkan untuk pasaran negara ini tidak lama lagi. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]