Ducati Malaysia bawa pulang tiga anugerah berprestij di Ducati Global Dealer Conference 2022 yang berlangsung di Sardinia, Itali, baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, Ducati Malaysia dianugerahkan Global Distributor of The Year 2022, Best Marketing Team 2022 di Asia Pasifik dan Best Commercial After Sales Team 2022 Di Asia Pasifik.
Hadir bagi menerima anugerah kehormat tersebut adalah Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael yang turut disaksikan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pasifik, Marco Biondi.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicalli.
Sementara itu, Ducati Malaysia dalam satu perkongsian di laman sosial mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam membantu mencapai kejayaan tersebut.
“Kepada keluarga Ducati Malaysia, pelanggan kami dan rakan kongsi serta sahabat handai, kami mengucapkan Grazie! (terima kasih).
“Ini adalah satu pencapaian untuk kita semua dan kami tidak dapat lakukannya tanpa anda.”
Kejayaan ini merupakan penanda aras baharu buat Ducati Malaysia selepas dianugerahkan Best Marketing dan Best Aftersales Award tahun lalu.