Jenama Benelli kembali menempah nama selepas diambil alih Qianjiang Group (QJMotor) yang berpangkalan di China.
Motosikal seperti Benelli TRK 502 dan Leoncino kini antara model popular di Eropah terutamanya di Itali dengan TRK 502 juga beberapa kali muncul motosikal popular di negara itu.
Bersandarkan kepada kejayaan Benelli, kini QJMotor turut mengorak langkah sama dengan model SRK dan SRV.
Namun, mengenal pasti permintaan tinggi terhadap motosikal ADV, QJMotor juga bakal memperkenalkan SVT 650.
Beberapa bulan lalu, rupa jelas model ini telah pun didedahkan kepada umum menerusi paten yang telah difailkan syarikat itu.
Bagaimanapun, orang ramai akan dapat menyaksikan model baharu itu dengan lebih dekat selepas QJMotor disahkan akan mempamerkan SVT 650 di EICMA, November ini.
Seperti laporan sebelum ini, SVT 650 akan dikuasakan enjin V-Twin 645cc yang mempunyai konfigurasi sama seperti yang terdapat pada Suzuki V-Strom 650.
Enjin tersebut berupaa menghasilkan 71hp pada 8,800rpm dan 62Nm pada 6,500rpm.
Walaupun spesifikasi lebih terperinci tidak didedahkan namun setakat ini QJ650 tersebut menawarkan ciri berikut:
- panjang 2340mm
- lebar 950mm
- tinggi 1380mm
- ‘wheelbase’ 1520mm
- tayar 110/80-19 depan
- tayar 150/70-17 belakang