HJC Lancar Helmet Gaya Retro V10 Di Eropah – Dari RM1.5k

Setelah sekian lama akhirnya pengeluar helmet motosikal dari Korea Selatan, HJC (Hong Jin Crown) meperkenalkan helmet gaya retro menerusi model V10.

HJC V10 merupakan jawapan HJC bagi memberi saingan pada Arai Neo Rapide, Biltweel Lanesplitter, Shoei Glamster dan Bell Bullit. 

Tahun 2022 ternyata tempoh sibuk buat HJC apabila telah pun memperkenalkan beberapa helmet baharu dan yang telah dinaik taraf antaranya barisan model RPHA. 

HJC sebelum ini telah pun memperkenalkan RPHA 1, RPHA 11, RPHA 71, RPHA 91 dan terbaru RPHA 31 yang merupakan helmet jenis ‘open-face’ yang premium.

Bagaimanapun, helmet V10 ini lebih mencuri tumpuan kerana menampilkan reka bentuk yang retro dan vintaj.

Ini merupakan kali pertama HJC menghasilkan helmet seumpama itu dengan model V90 (modular) menjadi model retro yang diperkenalkan terlebih dahulu. 

Apa yang pasti, helmet V10 ini menandakan arah baharu bagi HJC.

Seperti yang boleh dilihat, HJC V10 menampilkan penggunaan bahan premium seperti cenkerang jenis gentian kaca (fiberglass).

Untuk rekod, HJC V10 ini juga mencapai standard keselamatan ECE22.06 yang baharu.

Tinjauan di laman web HJC mendapati terdapat tujuh warna ditawarkan bagi helmet V10 dan dijual pada harga bermula EUR329.90 (RM1.5k). 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]