Zontes Malaysia Tawar Aksesori Tambahan Bagi ZT155G – Dari RM82

Zontes Malaysia telah pun melancarkan model scrambler, ZT155G pada penghujung tahun lalu. 

Model tersebut bingkas mencuri tumpuan ekoran menawarkan tangki 20L selain menampilkan rekaan ala scrambler yang menarik.

Bagaimanapun, untuk pasaran tempatan, Zontes ZT155G tersebut didatangkan dengan rim aloi maka menjadikan penggunaan motosikal tersebut lebih sesuai untuk tungggangan di jalan raya. 

Namun, berita baik bagi pemilik ZT155G yang mahu menaik taraf kepada rim ‘spoke’ (lidi) kerana Zontes Malaysia menawarkan beberapa aksesori tambahan bagi motosikal tersebut.

Berdasarkan perkongsian oleh Zontes Malaysia, terdapat beberapa aksesori tambahan yang ditawarkan termasuk:

  • top box (RM2,175)
  • handguard assembly set (RM137.20)
  • rear splash guard (RM473.80)
  • headlight cover (RM94.25)
  • front disc brake protective cover (RM133.90)
  • front fender extension (RM82)
  • fornt fender extension front section (RM127.60)
  • spoke wheel (depan dan belakang) (RM3,944.90)

Bagaimanapun, aksesori paling menarik perhatian adalah rim spoke (lidi) yang ditawarkan pihak Zontes Malaysia.

Ini kerana rim spoke tersebut menyerlahkan lagi elemen scrambler pada ZT155G selain daripada meningkatkan tahap kelasakan motosikal terbabit jika mahu menunggang off-road. 

Untuk rekod, Zontes ZT155G digerakan enjin 155cc satu silinder 4-injap SOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18.8hp pada 9,250rpm dan 16Nm pada 7,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Zontes ZT155G boleh didapati dipengedar tempatan dengan harga RM12,000.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply