BMW Bakal Lancar M 1000 R – 206.5HP, 112Nm

BMW Motorrad membuat kejutan dengan memperkenalkan M 1000 RR pada tahun 2020 sebagai model ‘flagship’ terbaru yang diletakkan di atas S 1000 RR.

*BMW M 1000 RR

Pada waktu itu, kami menjangkakan BMW tidak akan berhenti disitu dan terbukti apabila pengeluar motosikal Jerman itu memfailkan tanda nama bagi ‘M 1000 XR’ dan M 1300 GS’. 

Bagaimanapun, BMW membuat kejutan apabila baru-baru ini memfailkan sijil kenderaan terbaru di Switzerland dan Jerman yang mendedahkan nama M 1000 R.

*BMW S 1000 R

Seperti S 1000 R, M 1000 R juga berkonsepkan motosikal hypernaked namun dilengkapi dengan komponen premium dan enjin lebih berkuasa. 

Menurut dokumen terbabit, M 1000 R tersebut diklasifikasikan sebagai model 2023 dan menawarkan 206.5hp pada 13,750rpm dan 112Nm pada 11,000rpm. 

Angka tersebut ternyata jauh lebih tinggi berbanding 165hp yang dihasilkan S 1000 R.

Ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa M 1000 R mendapat pakej talaan sama seperti S 1000 RR yang agresif berbanding S 1000 R. 

Difahamkan, M 1000 R 2023 itu juga akan dilengkapi sistem ekzos serba baharu di samping sistem ‘timing’ ShiftCam. 

Menurut laporan, BMW Motorrad berkemungkinan besar akan mendedahkan BMW M 1000 R di Iternmot pada Oktober ini. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]