Honda Malaysia Panggil Semula 1,525 Unit Kenderaan, City Hatchback Antara Terlibat

Honda Malaysia dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan panggilan semula model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V.

Panggilan semula itu babitkan 1,527 unit kesemuanya dengan 1,068 libatkan model City (2021) dan City Hatchback (2022), manakala baki 343 unit lagi adalah HR-V (2020) dan 116 unit BR-V (2021).

Menurut Honda Malaysia  panggilan semula ini adalah langkah berjaga-jaga bagi memeriksa dua aspek penting; nut tork pada Alternating Current Generator (ACG) bagi model City dan City Hatchback serta pemeriksaan terhadap bolt pembumian bagi model HR-V dan BR-V.

Pemeriksaan terhadap dua perkara ini adalah bagi memastikan tahap pengetatan nut di ACG dan bolt pembumian. Ini kerana sekiranya longgar, boleh menyebabkan tahap sentuhan terminal lemah sekaligus mampu mebawa kepada enjin terhenti semasa pemanduan atau sukar dihidupkan kembali selepas kereta dimatikan.

Kesemua pemilik yang terkesan dengan panggilan semula ini akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan boleh menghubungi pengedar sah Honda setelah menerima surat terbabit.

Segala kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya pihak Honda Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply