Acara tempatan yang terkenal dengan budaya kustom, Art of Speed akan kembali untuk edisi ulang tahun ke-10 selepas dua tahun menyepi susulan pandemik Covid-19.
Seperti AOS sebelum ini, edisi 2022 akan menyaksikan himpunan motosikal kustom, kenderaan radikal di samping pameran restorasi seni dan budaya kustom di Malaysia.
Bagaimanapun, selaras dengan kejayaan menganjurkan AOS bagi tahun ke-10, acara kali ini dijangka lebih meriah dengan kehadiran tetamu dari luara negara serta sokongan komuniti kustom sendiri.
Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), sekali lagi menjadi tapak pilihan bagi penganjuran AOS 2022 kali ini yang akan berlangsung pada 2 hingga 3 Julai dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam.
Menurut penganjur AOS 2022, acara kali ini akan menyaksikan kehadiran tetamu berikut:
- Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
- Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
- Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
- Yaniv Evans dari Powerplant Motorcycles; Amerika Syarikat
- Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie “MOW” dari Australia
- Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
- Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
- Artis pinstripe Mil dari Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow; Indonesia
- Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand
Sementara itu, antara acara mencuri tumpuan adalah Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 yang bakal menyaksikan tujuh ‘custom builder’ merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pilihan juri) & RM5,000 (pilihan orang ramai).
Berikut acara tumpuan lain yang akan disajikan kepada pengunjung di AOS 2022:
- Jelajah Hot Wheels Legends – Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar.
- pameran kolektif kenderaan terpilih dari seluruh negara dengan nama ‘Garage Life’
- Hail Vintage – pameran pakaian vintaj dari 32 vendor terpilih
- Off The Grid – gaya hidup perkhemahan sebagai konsep baharu dalam outdoor lifestyle
- Kustom & Koffee Talk bersama NoEqual.co – wawancara bersama panel dari luar negara antaranya Scoot Johnson (Mama Tried Motorcycle Show) dan Warren Heir Jr (Flat Out Friday).
Lain-lain aktiviti yang akan berlangsung:
- Roda Rumble 2022
- La Cultura
- Tapak Makanan
- Pasar Lambak Vintaj
- Perhimpunan kereta Alfa Romeo
- Hot Wheels Club Malaysia Convention
- Streetwear Con
- Mini Crawlers RC
- Zon Pandu Uji motosikal (Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)
Bagi menghangatkan lagi acara kali ini, AOS 2022 mempersembahkan Festival Sound Circuis yang akan menyaksikan penampilan Hujan sebagai persembahan utama diikuti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M, Balok People dan ramai lagi.
Berikut senarai harga tiket bagi yang berminat untuk hadir:
- Tiket Speed Lane (dua hari) – RM55
- Tiket hujung minggu (tanpa konsert Sound Circus) – RM35
- kanak-kanak bawah 12 tahun – masuk percuma
- pemegang Pas OKU – masuk percuma