RASMI: Aprilia SR GT 200 Tiba Di Malaysia – Dua Varian, Dari RM19,900

Pengedar tunggal jenama Aprilia di Malaysia, Didi Group dengan rasminya melancarkan skuter ‘urban adventure’, Aprilia SR GT 200 untuk pasaran tempatan enam bulan selepas model tersebut ditayangkan di EICMA, tahun lalu.

Walaupun pasaran Eropah menerima dua kapasiti enjin, 125 dan 200, namun hanya model 200 ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, Aprilia SR GT 200 tampil dengan dua varian; Standard dan Sport dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM19,900 dan RM20,900.

Meskipun sebuah skuter, namun Aprilia masih mengekalkan DNA rekaan sama seperti model berkuasa tinggi lain terutamanya di bahagian lampu depan yang tampil dengan ciri tri-LED dengan fungsi DRL (daytime running light).

Namun rekaan menarik tertumpu kepada bahagian keseluruhan badan yang menampilkan elemen ADV (seperti Honda ADV 150) antaranya penghadang angin tinggi dan rekaan agresif.

Aprilia SR GT 200 ini juga dilengkapi dengan ‘handlebar’ yang lebar dan tempat letak kaki yang luas bagi memastikan tunggangan kekal selesa untuk kegunaan harian.

Skuter maxi 200cc ini juga dilengkapi dengan paparan digital LCD dan sistem enjin start/stop automatik bagi memastikan penjimatan minyak lebih baik sewaktu berhenti.

Aprilia SR GT 200 ini dikuasakan enjin i-get satu silinder 174cc yang menawarkan 17hp pada 8,500rpm dan 16.5Nm pada 7,000rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • tangki 9L
  • fork teleskopik 33mm Showa
  • penyerap hentakan berkembar Showa
  • cakera brek 260mm depan dan 220mm belakang
  • rim 14-inci depan, 13-inci belakang
  • tayar jenis ‘knobby’
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]