Sempena meraikan ulang tahun ke-20 Castrol Auto Service (CAS), Castrol Malaysia ini memeriahkan sambutan bersama-sama pelanggan setia di Malaysia.
Bermula 15 April hingga 14 Mei ini, pelanggan yang membeli produk minyak enjin sintentik Castrol EDGE 4L daripada bengkel CAS – yang mengambil bahagian – akan menerima payung khas ulang tahun ke-20 CAS x Liga Perdana Inggeris (EPL) secara percuma.
“Castrol amat berbangga dengan perjalanan CAS selama dua dekad yang lalu.
“CAS kini mempunyai lebih daripada 500 bengkel, suatu jumlah yang jauh lebih besar berbanding hanya 3 bengkel pada 2002, dan berada pada landasan yang betul bagi melancarkan lebih banyak lagi bengkel CAS di masa depan.
“Kami sangat berterima kasih kepada mekanik kami yang sentiasa setia bersama-sama dengan kami dalam meraikan kejayaan dan kemajuan Castrol Malaysia.
“Kami komited untuk membawakan lebih banyak lagi inisiatif dan usaha bagi menyokong para pengedar kami,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan.
Dengan kepercayaan yang diberikan terhadap kemampuan CAS, 60 bengkel telah pun beroperasi lebih lima tahun manakala 30 peratus telah berkhidmat lebih sedekad.
Sepanjang perkhidmatan, terdapat beberapa program yang telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan mekanik dan pelanggan antaranya kempen Servis & Menang CAS, pertandingan Castrol Cars Super Mechanic serta Forum & Makan Malam Penghargaan CAS.
Bukan itu sahaja, sebagai penghargaan kepada komuniti mekanik, Castrol turut mengadakan Castrol Hari Mekanik Malaysia (HMM) sejak 2019 dengan semua bengkel CAS aktif terlibat.
Menariknya, tahun 2022 menyaksikan HMM menjalinkan kerjasama dengan liga bola sepak popular EPL bagi menghangatkan lagi sambutan.
“Pelanggan kami adalah sebahagian besar daripada perjalanan kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sentiasa bersama-sama dengan kami selama ini.
“Dengan rancangan untuk meluaskan lagi rangkaian CAS, kami tidak sabar untuk melihat komuniti ini berkembang menjadi lebih komprehensif dan erat supaya kita dapat terus memberikan pengalaman yang hebat secara keseluruhannya kepada para pelanggan kami,” tambah Mei-Shan.