Sempena sambutan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, UMW Toyota melancarkan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya.
Berlangsung hingga 1 Mei ini, pelanggan hanya perlu hadir ke mana-mana pusat pameran Toyota terdekat dan pandu uji sebarang model untuk berpeluang memenangi duit raya.
Setiap pandu uji adalah penyertaan untuk menang duit raya sebanyak RM100 manakala pandu uji dan membuat tempahan berpeluang menerima RM200. Seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.
Sementara itu, Toyota akan teruskan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ pada 16 dan 17 April ini di setiap pusat pameran Toyota seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran bulan puasa menarik pada tempoh tersebut.
Dalam perkembangan berlainan, UMW Toyota melancarkan pusat 3S baharu di Cyberjaya sekaligus meningkatkan pengalaman pelanggan Toyota di kawasan itu.
Dioperasikan oleh Otomobil Sejahtera Sdn Bhd, pusat serba baharu itu akan menawarkan jualan, servis, alat ganti dan servis cat.