Modenas Jadi Pengedar Eksklusif Kawasaki di Malaysia

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi motosikal nasional, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) kini merupakan pengedar eksklusif baharu pengeluar motosikal Jepun KAWASAKI di Malaysia, berikutan tamatnya tempoh selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.

Tempoh peralihan ini berakhir pada 31 Mac 2022, di mana EMOS telah pun memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya, Kawasaki Motors, Ltd. (KMC) untuk memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak yang mungkin.

KMC kini memiliki 30% ekuiti dalam MODENAS bersama DRB-HICOM Berhad sebagai pemegang saham majoriti syarikat motosikal nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan berkata syarikat itu meyakinkan pemilik motosikal Kawasaki bahawa tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan walaupun di bawah pengurusan baharu.

“Rancangan kami termasuk juga untuk memperluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk peminatnya yang pasti akan memberikan gaya hidup mendebarkan bagi rakyat Malaysia.

“Selain itu, Modenas turut akan memperkenalkan model terbaharu Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasaki yang baharu secara berperingkat,” katanya.

Dengan ekuiti yang lebih besar dalam Modenas, Kawasaki kini akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi di Modenas, dan bukan hanya sebagai pemegang saham.

Dengan berakhirnya  tempoh peralihan, Modenas akan mula memasang model Kawasaki terpilih dan pada masa yang sama mengimport model dengan enjin yang lebih besar untuk memenuhi pasaran yang lebih luas.

Sejarah Modenas dan Kawasaki bermula semenjak koloborasi mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996.

Bertitik tolak dari situ, MODENAS terus mengumpul pengikut setia dari seluruh negara mahupun di pasaran antarabangsa.

“Bersama Modenas, kami yakin produk Kawasaki yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia pengalaman menunggang yang hebat yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama Kawasaki,” kata Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi.

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal Kawasaki, tetapi juga akan mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia.

Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil semula atau “recall”.

Seterusnya bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah Kawasaki terpilih seperti  senarai di bawah.

 NoPengedarAlamatNo. Tel.
UTARA
1Bikers Gallery Sdn. Bhd. NO. 380, Jalan Raja, Alor Setar 05000 KEDAH04-720666604-7206668
2EL Chong Motor Trading Sdn Bhd37, Taman Seruling Emas 14200 Sungai Bakap SPS P.PINANG04-5822489
3Sheng Fatt Motor Sdn Bhd No.24, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, P.PINANG04-227893204-2280932
PANTAI TIMUR
4Kk Superbike Sdn. Bhd.No.103 & 104, Jalan Tan Sri Yahya, 28000 Temerloh PAHANG09-296127209-2968211
TENGAH
5Eang Chun Motor Sdn BhdNo. 69, 71, 73 & 75, Jln Genting Klang, Setapak 53300 KUALA LUMPUR03-40234790
6Serdang Motorcycle Sdn Bhd Jalan 18/2a, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR03-89489057
7Seri Gading Enterprise Sdn Bhd No. 10 GF, Jalan Keluli Ak7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SELANGOR03-3344891203-33446912
8Chear Motor (Shah Alam) Sdn. Bhd.No. 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor012-6989351 03-58889669
9Soon Heng Bikers Sdn BhdNo. 103, Jalan 1 Taman Suntex, Pekan Batu 9, Cheras, 43200 Kajang, SELANGOR03-9075846403-90754464
SELATAN
10Zong Heng Motors Sdn Bhd No: 13-C, Sin Hoe Garden, Bukit Baru,75150 MELAKA06-282962306-2871549
11BZ TOP Automobile ServiceNo.6, 8 & 10, Jalan Durian Daun, 75400 MELAKA06-283373106-2818595
12Qbee Superbike Centre Sdn Bhd No. 6, Jalan Tiong Emas 3, Kawasan Perindustrian Tiong Nam, 81100 Johor Bahru, JOHOR07-3614221
MALAYSIA TIMUR
13Ghee Hua Co. Sdn BhdLot 66, Section 15, KTLD, Jalan Green, 93250 Kucing, SARAWAK082-418218082-419218

Untuk pertanyaan, pemilik motosikal Kawasaki boleh menghubungi WhatsApp Kawasaki Careline di +6019-570 8135.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]