CFMoto 450SR Didedahkan – 50HP, 39Nm

Ketika pameran motosikal EICMA berlangsung di Milan tahun lalu, CFMoto mencuri tumpuan apabila mendedahkan jentera konsep SR-C21.

Menampilkan rekaan moden dan agresif, jentera tersebut ternyata menarik perhatian apabila turut didatangkan dengan beberapa komponen premium termasuk ekzos SC Project dan brek Brembo.

CFMoto juga merupakan antara pengeluar motosikal China yang menampakkan peningkatan mendadak dari segi rekaan dan kualiti terutamanya menerusi pengenalan model 700CL-X serta 800MT.

*CFMoto SR-C21

Kini dalam perkembangan terbaru, CFMoto mendedahkan 450SR, jentera ‘sportsbike’ yang diilhamkan daripada SR-C21 dan bakal sertai 250SR yang telah pun dipasarkan sebelum ini.

Walaupun tampil dengan beberapa perubahan namun bahagian depan 450SR mengekalkan rekaan yang tajam dan lebih lebar.

Menariknya, ‘winglet’ yang terdapat pada SR-C21 sebelum ini turut dibawa ke 450SR.

Lebih mencuri tumpuan, 450SR ini akan digerakan enjin satu silinder 449cc 270-darjah dengan CFMoto mendakwa menghasilkan 50hp dan 39Nm di samping mampu mencapai 190km/j.

Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]