Jenama helmet motosikal tempatan, ARC Helmet bakal memperkenalkan helmet ‘full face’ pertama dalam usaha memenuhi permintaan peminat helmet itu.
ARC Helmet dalam satu perkongsian terbaru di laman sosial turut mendedahkan video ‘teaser’ yang memaparkan helmet ‘full face’ tersebut.
Antara ciri yang kelihatan pada video tersebut adalah rekaan corong angin dan belakang baharu dengan penggunaan ‘Modular Advanced Shell’ sekaligus merujuk kepada penggunaan cangkerang serba baharu.
Menariknya, helmet tersebut juga kelihatan menawarkan fungsi ‘sun visor’ bagi memudahkan pengguna menunggang dalam cuaca panas terik.
Buat masa ini ARC Helmet tidak memaklumkan tarikh pelancaran bagaimanapun, dijangkakan helmet serba baharu itu akan diperkenalkan tidak lama lagi.
ARC Helmet ditubuhkan pada 1973 di sebuah pekan kecil di Butterworth, Pulau Pinang sebelum dikenali sebagai STF Industries Sdn Bhd pada 2003.
Menariknya, ARCH Helmet telah beroperasi sebagai syarikat pemilikan keluarga lebih 40 tahun dan sentiasa komited dalam menghasilkan helmet yang selamat untuk penunggang motosikal.