300 Unit Suzuki Raider R150 Fi Edisi AS25 Khas Untuk Pasaran Tempatan – RM11,988

Sewaktu pelancaran tiga model 150cc dari Suzuki Malaysia yang merangkumi Raider R 150 Fi, GSX-R150 dan GSX-S150, terdapat satu kejutan turut ditawarkan untuk peminat motosikal tempatan.

Suzuki Malaysia dengan kerjasama pelumba tempatan, Azlan Shah Kamaruzaman telah melancarkan Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah.

Keistimewaan utama model edisi khas ini adalah penggunaan grafik dan nombor #25 milik Azlan Shah di samping didatangkan dengan pelbagai komponen aksesori dari Racing Boy (RCB).

Penggunaan komponen RCB itu termasuk lever brek dan klac, ‘throttle grip’, cermin sisi, tongkat tepi, ‘monoshoc’k boleh laras, kaliper brek depan dan hos brek jenis ‘steel braided’.

Tidak cukup dengan itu, ergonomik motosikal juga telah direka semula mengikut telunjuk Azlan Shah sendiri.

Bagaimanapun, Raider R150 Fi edisi AS25 itu masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH yang menjana 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.

Bagi yang berminat, Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah ini hanya terhad kepada 300 unit pengeluaran sahaja dan dijual pada harga RM11,988 – lebih RM3,815 berbanding Raider R150 Fi standard.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply