Castrol Hari Mekanik Malaysia kembali lagi untuk edisi keempat yang akan berlangsung pada 18 Mac ini.
Hari Mekanik Malaysia merupakan inisiatif Castrol Malaysia untuk memberikan penghormatan kepada mekanik yang selama ini terus diberi kepercayaan oleh pengguna sekaligus menjadi tulang belakang Castrol.
Berbeza dengan sebelum ini, Castrol Hari Mekanik Malaysia 2022 akan berlangsung sepenuhnya secara virtual dengan pelbagai aktiviti telah pun dirancang antaranya peraduan sosial media, penyerahan jersi dan berjumpa dengan KOL.
Bertemakan ‘The Game Changers’, Hari Mekanik Malaysia kali ini lebih meriah hasil jalinan kerjasama dengan liga bola sepak terkemuka dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kerjasama ini akan mengintai persamaan antara mekanik dan pemain bola sepak terkemuka dunia yang berkongsi semangat dan kerja keras dalam mencapai impian dan matlamat.
Seperti orang lain, mekanik juga gilakan bola sepak yang sememangnya sudah menjadi sebati dengan rakyat Malaysia.
Castrol Malaysia berharap inisiatif terbaru ini akan semarakan lagi rasa hormat pengguna kereta dan motosikal di Malaysia terhadap mekanik yang dipercayai.
Sempena Hari Mekanik Malaysia 2022, Castrol menawarkan pelbagai barangan eksklusif Castrol X EPL yang merangkumi jersi, topi dan botol air yang juga merupakan sebahagian daripada hadiah pertandingan.
Untuk turut serta, orang ramai hanya perlu mengambil gambar ‘selfie’ sambil memakai jersi bola sepak kegemaran atau baju tee Castrol di hadapan bengkel rasmi Castrol dan memuat naik ke laman sosial Facebook dan Instagram dengan ‘hashtags’ #CastrolHariMekanik dan #CastrolEPL. Foto dengan jumlah ‘LIKE’ terbanyak berpeluang memenangi barangan eksklusif Castrol X EPL.