Azlan Shah Beralih Ke Helmet SHARK Bagi ASB1000 2022

Pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman, akan beraksi di kelas elit Asian Superbike 1000cc (ASB1000) bersama helmet baharu.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di akaun media sosial pelumba itu, hari ini.

Azlan dan Shark Helmets Malaysia disahkan menjalinkan kerjasama bagi ASB1000 musim 2022 yang menyaksikan pelumba itu menyarung helmet Shark Race-R Pro GP FIM.

Shark Race-R Pro GP FIM dibangunkan dengan penggunaan bahan COVA RS (Carbon On View & Aramid Integral Structure) bagi mencapai standard FIM Integral 1.

Azlan sebelum ini memakai helmet jenama NHK sewaktu memenangi kejuaraan sulung itu pada 2019.

Selain mendapat helmet baharu, Azlan juga bakal bergandingan dengan bekas pelumba Moto2, Moto3 dan CEV, Adam Norrodin di TKKR Racing Team. Kedua-dua pelumba tersebut bakal bertarung di ASB1000 menggunakan jentera BMW S 1000 RR 2022.

Dalam perkembangan sama, Shark Helmets Malaysia juga akan turut memberi kerjasama terhadap AS25 Academy Racing Team yang diterajui Azlan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply