Sekat Jalan Dengan Bas Persiaran, Polis Cekup Enam Pelumba ‘Drag Race’

Polis Johor telah berjaya menahan enam pelumba ‘drag race’ serta 120 penonton dalam satu operasi khas yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran Plaza Tol Skudai, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang turut memaklumkan penahanan itu berjaya dilakukan selepas menjalankan satu bulan risikan. 

“Polis melakukan pemerhatian dan risikan sejak sebulan lalu selepas menerima aduan pengguna lebuh raya berhubung aktiviti drag racing yang diadakan bukan saja membahayakan pengguna lain malah mereka turut menghalang laluan dengan menutup jalan sesuka hati ketika perlumbaan diadakan.

“Hasil pemerhatian polis mendapati aktiviti perlumbaan haram ini biasanya diadakan pada hujung minggu atau hari biasa tertentu antara jam 1 hingga 4 pagi.

“Mereka akan berlumba sejauh antara 700 hingga 900 meter selepas dilepaskan ‘gadis litar’ dari garisan permulaan bagi menguji kelajuan enjin kereta yang diubahsuai.

“Polis percaya perlumbaan ini didalangi sindiket dan kita sedang menyiasat setiap aspek bagi memastikan dalangnya ditahan,” jelasnya.

Seramai 60 anggota dari Polis Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah terlibat dengan operasi yang dijalankan pada jam 2 pagi itu.

created by Polish

Bagi memastikan pelaku ditangkap, polis telah menyekat laluan menggunakan bas persiaran agar kesemua yang terlibat termasuk penonton di tahan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply