Toyota Altis 2022 Tiba Di Pasaran Indonesia – Dari RM136k

TOYOTA Astra Motor (TAM) melancarkan varian dua varian baharu Corolla Altis iaitu versi hibrid (HEV) dan versi petrol untuk pasaran Indonesia, kelmarin.

Kedua-dua model ini mendapat kemaskini dari segi teknologi dan ciri-ciri baharu, manakala varian HEV merupakan sedan generasi ke-12 yang menjadi penanda aras Toyota dalam memperkenalkan kenderaan mesra alam di negara berkenaan.

Model versi petrol ditawarkan pada harga IDR468.2 juta (RM136,552) dan versi hibrid pula IDR510 juta (RM150,784).  

Antara ciri canggih yang terdapat pada model baharu Corolla Altis adalah teknologi telematik Toyota T Intouch di mana kelengkapan ini juga terdapat pada beberapa model terbaharu Toyota seperti Fortuner, Innova, Camry dan Land Cruiser.

Toyota T Intouch membolehkan kenderaan disambung terus kepada aplikasi mToyota yang membantu pengguna mendapatkan akses kepada semua servis mobiliti Toyota.

Selain itu, T Intouch juga datang dengan fungsi E-Care yang berfungsi memberi peringatan penyelenggaraan kenderaan secara berkala kepada pemilik.

Para pemilik Altis baharu juga mendapat kemudahan fungsi Inquiry and Support Center yang menawarkan bantuan secara langsung dari Pusat Panggilan Toyota sekiranya berhadapan dengan masalah kenderaan.

Model terbaharu itu turut memiliki fungsi Road Assistance yang merupakan butang makluman kecemasan (SOS) membantu pelanggan apabila terlibat dalam kemalangan.

Antara ciri yang memudahkan pengguna, Corolla Altis varian baharu datang dengan aplikasi Find My Car yang membantu pengguna mengetahui lokasi terakhir kenderaan, berguna ketika mencari kereta di tempat parkir.

Varian baharu Toyota ini juga turut dilengkapi sistem Geofencing yang berfungsi dengan memberi amaran apabila kenderaan dikesan keluar daripada zon pemanduan.

Berikut adalah ciri keselamatan yang ditawarkan:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)

Varian baharu Corolla Altis juga lengkap dengan ciri Toyota Safety Sense 2.0 yang ditambah baik dengan DRCC dibangunkan untuk pemanduan antara 0kmj dan 180kmj.

Manakala, sensor radar pula boleh mengesan kenderaan sehingga 120 meter di hadapan dan mengekalkan jarak pemanduan selamat.

Ciri seperti ini semestinya membantu menyokong pemanduan yang berhemah dalam kalangan pemandu dan mengurangkan risiko kemalangan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]