Monopoli Touch ‘n GO Ditamatkan, Pelbagai Kaedah Bayaran Tol Diperkenal Menjelang 2025

Kerajaan bakal memperkenalkan lebih banyak kaedah bayaran tol menjelang 2025 sekaligus menamatkan monopoli Touch ‘n Go di plaza tol.

Perkara itu diumumkan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof yang menjelaskan bahawa pelaksanaan itu bagaimanapun bergantung kepada kadar keberkesanan tag RFID dan tertakluk kepada kesediaan konsesi lebuh raya untuk menambah pilihan bayaran.

“Akan datang, orang awam diberikan pilihan meluas untuk menggunakan sebarang mod pembayaran digital, sama ada e-Wallet Touch ‘n Go, kad debit/kredit Visa dan Mastercard atau sebarang sistem pembayaran elektronik,” jelas Fadillah.

Bagaimanapun, tambah Menteri Kerja Raya itu lagi, hanya satu tag RFID diperlukan bagi tujuan pembayaran tersebut.

Sementara itu, Fadillah turut mengesahkan bahawa sistem Tounch ‘n G dan lorong SmartTAG akan dimansuhakn pada 2025.

Pada masa sama, Fadillah juga telah mengarahkan konsesi tol untuk melaksanakan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) menjelang 2025.

MLFF merupakan sistem tanpa palang dan plaza tol dan hanya menggunakan struktur gantri dengan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) di lokasi spesifik.

Ketika ini, sistem ANPR sedang diuji di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]