Pengeluar motosikal China, QJ Motor telah memfailkan paten enjin yang memaparkan sebuah enjin parallel-twin 900cc yang dijangka akan diperkenalkan pada barisan model Benelli dalam masa terdekat.
Ketika motosikal tersebut didakwa merujuk kepada Benelli TNT899, namun paten enjin tersebut bingkas mencuri tumpuan kerana menyamai enjin parallel-twin LC8 milik KTM.
Jika dibandingkan reka bentuk kedua-dua enjin tersebut, jelas kedua-duanya tampak sama dari segala segi sehinggakan ada yang menyangka terdapat kolaborasi antara KTM dan QJ Motor.
Bagaimanapun, hakikatnya, kerjasama itu telah pun termeterai antara KTM dan CFMoto yang menyaksikan kedua-duanya berkongsi platform LC8 itu.
Ini bermakna, QJ Motor berjaya menghasilkan enjin sama yang dijangka akan diterapkan pada model Benelli TNT akan datang. Paten enjin tersebut juga memaparkan logo TNT lantas mengesahkan senario itu.
Kod enjin ‘QJ288MW’ juga merujuk kepada QJ Motor, 2-cylinder dengan bore 88mm.