Ducati Catat Rekod Jualan Pada 2021, Multistrada V4 Laku Keras

Ducati menamatkan tahun 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 59,447 unit motosikal seluruh dunia.

Angka itu menyaksikan jenama motosikal Itali tersebut merekodkan peningkatan lebih 24 peratus mengatasi jualan pada 2020 dan 2019.

Menurut Ducati, kejayaan tersebut dicapai setelah pasaran Amerika Syarikat kembali menjadi peneraju dengan 9,007 unit terjual diikuti Itali (8,707 unit) dan Jerman (6,107 unit).

Pasaran motosikal di China juga catat peningkatan sebanyak 21 peratus dengan 4,901 unit terjual diikuti Perancis dengan 12 peratus (4,352 unit).

Untuk rekod, Ducati Multistrada V4 merupakan motosikal paling popular tahun lalu dengan 9,957 unit berjaya dijual diikuti model Scrambler 800 (9,059 unit) dan Monster (8,734 unit).

Sementara itu, Ducati yakin tahun 2022 bakal membawa kesinambungan sama terutamanya menerusi beberapa model baharu yang telah pun dilancarkan sebelum ini.

Ducati meletakkan keyakinan terhadap DesertX, Streetfighter V2, Multistrada V2 dan Panigale V4 2022 bagi memacu jualan tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]