Italjet Dragster 125 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini?

Jenama motosikal Itali, Italjet, sebelum ini telah pun mengesahkan akan mula memasarkan model yang ternanti-nanti, Dragster 125 dan Dragster 200 bermula Disember 2021.

Seperti dijanjinkan Italjet telah pun memulakan pemasaran kedua-dua varian tersebut untuk pasaran Eropah dan Asia.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan pasaran Malaysia juga bakal menyambut ketibaan Italjet Dragster varian 125 tahun ini.

Menurut laporan Paultan.org, Italjet Dragster 125 itu dijanka tiba di Malaysia sekitar pertengahan 2022 oleh pengedar, Chear Global.

Skuter dengan gaya agresif dan ala ‘naked’ itu bingkas menarik perhatian ramai pihak sejak dipertontonkan kepada umum.

Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi kekangan pada Italjet dalam memasarkan motosikal tersebut.

Bagaimanapun, jenama itu kembali beri jaminan bahawa Dragster akan mula dipasarkan pada Disember 2021 sebagai model 2022 ketika di EICMA, baru-baru ini.

Italjet Dragster ini akan ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Lebih menarik, Italjet Dragster ini juga ditawarkan dengan komponen berprestasi tinggi antaranya ekzos Akrapovic, sistem brek Brembo dan suspensi Öhlins.

Sementara itu, Italjet turut mendedahkan bakal lancar model elektrik pada separuh masa kedua 2022 dan akan dinamakan sebagai Dragster e01. – Paultan.org

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply