Sayonara ‘Ketam’, Honda CIVIC 2022 Dibuka Untuk Tempahan

Setelah sekian menanti, Honda Civic serba baharu kini dibuka untuk tempahan di Malaysia setelah Honda Malaysia mengesahkan model generasi ke-11 itu akan dilancarkan pada suku pertama (Q1) 2022 nanti.

Dengan ukuran 4,678mm panjang, 1,802mm lebar dan 1,145mm tinggi, Civic baharu ini lebar besar dan lebar bagi menjaminkan tahap kawalan dan cengkaman yang lebih baik.

Civic baharu ini juga akan tampil dengan rekaan lebih eksekutif dan elegan sekaligus membasmi sebarang elemen “ketam” yang ada pada model terdahulu.

Bagi pasaran tempatan, varian RS turut diperkenalkan buat julung kalinya dan menampilkan ciri serba hitam yang terdapat pada cermin sisi, antenna shark fin, pemegang pintu, spoiler dan rim aloi 18″.

Civic baharu ini juga dilengkapi lampu LED dengan DRL (daytime running light) dan lampu belakang LED.

Bagaimanapun, aspek paling ketara yang telah dinaik taraf adalah bahagian nadi yang kini didatangkan bersama enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menjana 182PS dan 240Nm. Honda mendakwa prestasi enjin tersebut adalah lebih berkuasa berbanding enjin 2.4L.

Menariknya, Civic baharu ini juga datang dengan tiga mod pemanduan, ECON, Normal dan Sport Mode yang boleh diakses dengan mudah menerusi Drive Mode Switch.

Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi Honda SENSING yang telah diperkemas bagi 2022.

Honda SENSING itu kini menawarkan ciri Lead Car Departure Notification System yang berfungsi dengan memaklumkan pemandu bahawa kereta depant telah pun bergerak terutamanya ketika menunggu di lampu isyarat.

Seperti kebiasaan Honda SENSING juga merangkumi ciri berikut:

  • Adaptive Cruise Control
  • Low-Speed Follow
  • Collision Mitigation Braking System
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keep Assist System
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Departure Warning
  • Auto High Beam

Selain daripada ciri keselamatan di atas, Civic baharu ini juga menawrakan Honda LaneWatch, 6 beg udara, ABS, Vehicle Stability Assist, Agile Handling Assist, Emergency Stop Signal, Electronic Brake Distribution, Auto Brake Hold, Hill Start Assist, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start dan Driver Attention Monitor.

Sementara itu, untuk membuat tempahan orang ramai hanya perlu kunjungi sebarang pusat pameran terdekat Honda Malaysia atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply