RASMI: CFMOTO Pertaruh Artigas-Tatay Di Moto3 2022

Pengeluar motosikal China, CFMOTO telah pun mengesahkan gandingan Xavier Artigas dan Carlos Tatay sebagai pembawa cabaran pasukan baharu itu di Moto3 bermula musim 2022.

Artigas dan Tatay merupakan pelumba kelahiran Sepanyol dengan masing-masing baru berusia 18 tahun.

Meskipun masih muda namun kedua-dua pelumba itu memiliki pengalaman luas di pentas kejuaraan dunia sebelum ini.

CFMOTO bakal membuat penampilan sulung di Moto3 selepas menjalinkan kerjasama dengan Prüstel GP dan akan bergerak sebagai pasukan satelit KTM.

CFMOTO dan KTM juga telah pun menjalinkan kerjasama erat sejak 2018 yang menyaksikan pengeluar motosikal itu bertanggungjawab memasang dan menghasilkan beberapa model KTM di Hangzhou.

CFMOTO juga bakal memulakan projek terbaru dengan KTM apabila bakal menjadi hub pengeluaran model terkini antaranya KTM 890 Duke di China.

Sementara itu, CFMOTO Prüstel GP bakal bersaing menggunakan jentera KTM RC4 dan diberi lampu hijau untuk berkongsi pengetahuan dan akses penuh terhadap aspek teknikal KTM di Moto3.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]