Yamaha XSR900 2022 Dilancarkan – Kerangka Deltabox Baharu, 117HP

Yamaha telah melancarkan XSR900 generasi baharu yang tampil dengan gaya neo-retro yang telah dipertingkat bagi tahun 2022.

Selain daripada mengukuhkan status XSR900 sebagai jentera retro-klasik dengan pengayaan moden, model terbaru ini juga dibangunkan dengan kerangka aliminium Deltabox serba baharu.

Hasilnya, XSR900 2022 ini tampil lebih segar dan minimalis sekaligus membenarkan pelanggan membuat pengubahsuaian sendiri mengikut cita rasa masing-masing.

Kerangka Deltabox serba baharu ini juga lebih ringan dan lebih tahan lasak berbanding kerangka sebelumnya dengan Yamaha mendakwa menyumbang kepada kestabilan yang lebih baik di jalan lurus dan berselekoh.

Menariknya, XSR900 baharu ini juga mendapat manfaat pembangunan enjin 889cc tiga silinder CP3 yang diperkenalkan pada MT-09 2021 sebelum ini.

Hasilnya, XSR900 2022 ini menawarkan 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm di samping turut dilengkapi sistem ‘lean sensitive traction control’, ‘slide control system (SCS)’ dan ‘cruise control’.

Bagaimanapun, ciri yang membuatkan XSR900 ini lebih menonjol adalah pemilihan warna retro yang merupakan penghormatan kepada jentera Yamaha yang memenangi perlumbaan GP era 80an.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • lampu depan LED ikonik XSR
  • IMU 6-axis
  • traction control
  • slide control
  • brake control
  • lift control
  • cruise control
  • quickshifter
  • klac assist dan slipper
  • Brembo Master Cylinder
  • tangki 15L
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]