Ducati Malaysia Bersama Alif Satar Raikan Ketibaan Ducati Monster 2021

Ducati Monster 2021 akhirnya tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi, Next Bike Sdn Bhd, hampir setahun selepas model itu diperkenalkan secara globa pada Disember tahun lalu.

Sempena ketibaan model naked ikonik itu, Ducati Malaysia telah pun menjemput selebriti tanah air dan duta, Alif Satar, untuk melihat dengan lebih dekat model terbaru tersebut.

Turut bersama Alif adalah Pengurus Besar Ducati Malaysia, Dennis Michael.

Ducati Monster merupakan model paling popular yang pernah dilahirkan kilang Borgo Panigale dengan lebih 350,000 unit terjual sejak diperkenalkan julung kalinya pada 1993.

Generasi baharu Monster kini tampil dengan ciri serba baharu dengan memberi penekanan terhadap aspek rekaan kompak dan ringan.

Meskipun elemen tangki jenis ‘bison back’ dan lampu berbentuk bulat dikekalkan namun perubahan paling ketara adalah ketiadaan kerangka steel trellis yang sudah menjadi tradisi Monster sebelum ini.

Ducati Monster 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply