Potong ‘Q’, Honda CBR150R Tiba Dulu Sebelum Winner X

Boon Siew Honda dijangka akan melancarkan Honda CBR150R 2021 pada 7 September ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Honda Motorcycle Malaysia dengan slogan ‘Bersedia Untuk Sesuatu Ketangkasan’.

Meskipun tidak mendedahkan rupa jelas model tersebut namun berdasarkan siluet yang ditayangkan, jangkaan kami merujuk kepada CBR150R yang sebelum ini telah pun dipasarkan di negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia, Filipina dan Laos.

Sekiranya benar, maka segmen motosikal sportsbike 150cc bakal bertambah rancak apatah lagi sebelum ini orang ramai hanya disajikan dengan Yamaha YZF-R15.

Bagaimanapun, semakan di ruangan komen Honda Motorcycle Malaysia, rata-rata masih mempersoalkan bilakah Winner X akan diperkenalkan di Malaysia.

Apa pun, segalanya akan terjawab pada 7 September ini jam 8 malam di Facebook Honda Motorcycle Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply