Moto3: Damok Dapat Peluang Beraksi Di GP Aragon Bersama PSRT

Pelumba FIM CEV negara, Syarifuddn Azman @ Damok, diberi peluang untuk membuat penampilan sulung di Kejuaraan Dunia Moto3 di Aragon bersama Petronas Sprinta Racing Moto3 (PSRT), pada 10 hingga 12 September ini.

Damok bakal mengisi tempat John McPhee yang akan membuat penampilan pertama di Moto2 bersama-sama Xavi Vierge tatkala Jake Dixon sekali lagi dipertanggungjawabkan menunggang M1 di kelas premier bersama Valentino Rossi di Sepang Racing Team (SRT).

Sementara itu, Damok menjadi pelumba kedua dari CEV yang mendapat slot di Kejuaraan Dunia setelah Adam Norrodin diberi peluang beraksi di Moto2 di Silverstone, hujung minggu lalu.

*Adam Norrodin

“Saya sangat teruja untuk beraksi di Kejuaraan Dunia Moto3. Jadi terima kasih kepada Petronas Sepang Racing Team atas peluang ini.

“Ini adalah peluang yang jarang sekali tiba, jadi saya akan bekerja lebih keras untuk berikan yang terbaik semasa perlumbaan,” jelas Damok.

Damok bakal digandingkan bersama Darryn Binder di saingan Moto3 dalam usaha mengutip pengalaman berharga di samping membuktikan kemampuannya setelah berkelana di CEV.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]