Laporan ‘Spy Shot’ Didakwa Sebagai R15 V4 Sebenarnya R3/R25 Baharu?

Baru-baru ini, tular rakaman video dan imej yang didakwa sebagai Yamaha R15 V4 sedang giat jalani ujian di India.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, difahamkan model tersebut mungkin bukan merujuk pada R15 sebaliknya model yang lebih besar R25 atau R3.

Menurut laporan di India, motosikal tersebut dilihat sebagai terlalu besar bagi sebuah R15 malah panel depan juga menampilkan rekaan sama seperti R7.

Bahagian ekor juga tampak lebih “berisi” dan tidak kurus seperti yang terdapat pada R15 ketika ini.

Selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk laporan terkini di India, motosikal Yamaha tersebut hampir pasti merujuk kepada model R25/R3 baharu.

Bukan itu sahaja, ini juga membuktikan bahawa semua generasi baharu “sportsbike’ Yamaha akan mengikut acuan sama seperti R7 yang telah pun dilancarkan pada Mei lalu. – Rushlane

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]