WorldSBK: Razgatlıoğlu Tandatangan Kontrak Lanjutan Dua Tahun Bersama Yamaha

Toprak Razgatlıoğlu akan terus kekal bersama Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) setelah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun.

Razgatlıoğlu dianugerahkan kontrak lanjutan setelah menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai pasukan itu pada 2020.

Pelumba kelahiran Turkey itu merekodkan kemenangan sulung dalam penampilan pertamanya dengan jentera R1 di Philip Island sebelum melakar dua lagi kemenangan untuk menduduki tempat keempat keseluruhan, musim lalu.

Prestasi Razgatlıoğlu terus cemerlang memasuki musim 2021 apabila menduduki tempat kedua kejuaraan setakat ini setelah mencatat tujuh podium.

Pencapaian Razgatlıoğlu turut menarik perhatian pasukan di MotoGP, antara yang disebut adalah Petronas Sepang Racing Team (SRT).

SRT bakal kehilangan khidmat Valentino Rossi yang didakwa akan memacu VR46 bersama Ducati musim depan manakala Franco Morbidelli disebut telah bersetuju untuk mengisi slot Maverick Vinales yang akan berhijrah ke pasukan baharu, hujung musim ini.

Sementara itu, kontrak dua tahun ini menyaksikan Razgatlıoğlu akan terus membantu Pata Yamaha with Brixx di pentas WorldSBk sehingga 2023.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]