Honda Super Cub 2022 Dilancarkan Di Eropah – Kini Dengan Dua Tempat Duduk!

Honda telah pun melancarkan Super Cub 125 dan Monkey 125 2022 di Eropah.

Enjin bagi kedua-dua model ini kini dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5 termasuk beberapa kemas kini yang dilaksanakan di bahagian chasis bagi meningkatkan keselesaan.

Honda Super Cub 125

Super Cub merupakan model paling popular Honda dengan lebih 100 juta unit telah pun terjual sejak 1958.

Bagi tahun 2022, Super Cub kini tampil dengan enjin 124cc lebih berkuasa dan efisien yang menawarkan 9.65hp dan 10.3Nm (naik 0.13hp berbanding generasi sebelumnya).

Menariknya, model 2022 ini turut tampil dengan dua tempat duduk bersama tempat letak kaki pembonceng, serta pilihan warna ‘max axis gray metallic’.

Honda Monkey 125

Susulan kejayaan sejak diperkenalkan pada 2018, Monkey juga dinaik taraf dengan enjin Euro 5 yang kini menghasilkan 9.4hp dan 11Nm.

Monkey 2022 ini juga mampu merekodkan jarak lebih 370km dengan bantuan tangki 5.6L.

Tahap keselesaan juga dipertingkat hasil penggunaan ‘dual-stage springs’ di bahagian penyerap hentakan belakang.

Seperti model sebelumnya, Honda Cub 125 dan Monkey 125 2022 ini juga dijangka dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]