Benelli 502R Bakal Diperkenalkan Tak Lama Lagi

Qianjiang Motorcycle, selaku syarikat pemilik jenama Benelli, telah melancarkan Race 500 dibawah payung QJ Motor di Beijing Motor Show 2021 baru-baru ini.

Menariknya, model ini dibangunkan dengan enjin 500cc yang sama terdapat pada Benelli Leoncino 500.

Walaupun tiada info terperinci ketika ini namun dijangkakan model ini menawarkan sekitar 47hp dan 46Nm sepertimana yang ditawarkan Leoncino 500.

*Benelli Leoncino 500

Berdasarkan imej yang dikongsikan, Race 500 ini menampilkan elemen sportsbike yang terperinci dengan penggunaan fairing penuh namun dengan kedudukan yang lebih menegak hasil penggunaan handlebar yang tinggi sekaligus menawarkan tunggangan lebih selesa.

Ini meletakkan Race 500 ini seangkatan dengan Kawasaki Ninja 650 sekalipun bersesaran lebih kecil.

Antara ciri lain yang boleh dilihat adalah penggunaan lampu LED penuh, penghadang angin yang tinggi di samping penggunaan tempat duduk yang rendah menjadikan model ini sesuai untuk semua tahap ketinggian.

Antara ciri lain yang turut ditawarkan adalah:

  • fork upside/down dengan monoshock
  • ABS dwi-saluran
  • brek kaliper dua pistond depan dan satu piston belakang

Difahamkan, model ini akan turut dijenamakan semula sebagai Benelli 502R bagi menembusi beberapa pasaran luar lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]