Aprilia Tuono V4 Tampil Dengan Ciri ‘Touring’ Bagi 2021

Setelah menaik taraf RSV4 bagi tahun 2021, Aprilia turut melaksanakan kemas kini terhadap model ‘streetfighter’ Tuono V4.

Bagi tahun 2021, Tuono V4 dan Tuono V4 Factory kini tampil dengan perbandingan lebih ketara.

Berbanding Tuono V4 Factory yang menawarkan elemen lebih agresif sepertimana yang terdapat pada RSV4, Tuono V4 kini dilengkapi ciri sebuah motosikal ‘touring’.

*Aprilia Tuono V4 Factory 2021

Ciri ‘touring’ tersebut jelas kelihatan menerusi penggunaan penghadang angin lebih tinggi, tempat duduk pillion lebih tebal dan lebar yang dipadankan bersama pemegang.

*Aprilia Tuono V4 2021

Pada masa sama, ketika Tuono V4 Factory dilengkpai sistem suspenson elektronik separa aktif dari Ohlins, Tuono V4 tampil dengan suspension mekanikal dari Sachs.

Bukan itu sahaja, Aprilia turut menawarkan aksesori ‘touring’ tambahan termasuk ‘panniers’.

Menurut Aprilia, Tuono V4 2021 didatangkan dengan ciri ‘dual-layer fairing’ yang sebelum ini diperkenalkan pada Tuono 660.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, jelas Tuono V4 2021 turut dilengkapi dengan swingarm underslung jenis aluminum.

Bagaimanapun, model 2021 ini masih lagi mengekalkan enjin V4, 1077cc dengan homologasi Euro 5 yang menawarkan 175hp dan 121Nm yang terdapat pada model sebelumnya.

Namun Tuono V4 2021 didatangkan dengan Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang telah dinaik taraf dengan penggunaan ECU Magneti Marelli 11MP.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]