Pematuhan SOP Adalah Tanggungjawab MUSC Motorsports – SIC

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi fokus perbincangan peminat sukan permotoran negara apabila berlakunya kekecohan membabitkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu acara ‘Sepang Drag Car Test & Tune 2021’ yang berlangsung semalam.

*M Syahrul Arl Garage @ Facebook

Pihak penganjur, MUSC Motorsports turut dikenakan kompaun RM20,000 oleh pihak polis dengan kejadian tersebut turut tular menerusi rakaman video amatur di laman sosial.

Berdasarkan beberapa klip, jelas membuktikan acara tersebut berjalan tanpa sebarang pematuhan SOP.

*M Syahrul Arl Garage @ Facebook

Pihak SIC dalam satu kenyataan menjelaskan menjadi tanggungjawab MUSC Motorsport bagi memastikan acara tersebut berjalan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak Litar Sepang.

“Kami telah pun mengeluarkan SOP untuk penganjuran acara sukan permotoran tempatan dan aktiviti ‘track day’ bersama penonton dalam tempoh PKPB kepada penganjur dan peserta.

“MUSC Motorsport merupakan penganjur sukan ‘drag’ yang telah menyewa Litar Antarabangsa Sepang maka menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan para pengunjung, peserta dan pasukan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, mereka telah gagal untuk mematuhi SOP diberikan antarnaya memakai pelitup muka dan penjarakan sosial. Mereka telah dikenakan kompaun oleh pihak polis,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

*M Syahrul Arl Garage @ Facebook

SIC turut menjelaskan bahawa ini adalah julung kali pihak SIC membenarkan kemasukan 2,000 penonton di Main-Grandstand mengikut had yang dibenarkan oleh SOP.

Pada masa sama, SIC turut memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu menyuraikan orang awam yang berada di perkarangan litar.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply