KTM 1290 Super Duke RR 2021 Didedahkan – Terhad Kepada 500 Unit, 180HP!

KTM dengan rasminya memperkenalkan 1290 Super Duke RR 2021 yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia.

Memfokuskan prestasi, kuasa dan ringan di samping kemampuan di litar lumba, Super Duke RR ini haya seberat 180 kilogram.

Tampil dengan enjin 1,301 LC8, V-Twin yang kini Euro 5, jentera ini menawarkan 180hp dan 140Nm dan nisbah kuasa ke berat motosikal 1:1 di samping dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Bagi menyalurkan udara ke petrol dengan optimum, KTM mengguna pakai penyuntik bahan api jenis topfeeder yang dipadankan bersama throttle body 56mm sekaligus menghasilkan tork yang sempurna di samping mengekalkan penjimatan minyak yang efisien sewaktu di RPM tinggi.

Sementara itu, bagi mempercepatkan penunggang merasai sepenuhnya kuasa enjin Super Duke RR, KTM memperkenalkan ‘quick turn throttle twist grip’ (fast throttle) yang merendahkan tahap pusingan throttle lebih 7 darjah berbanding Super Duke R. Fungsi ini mengurangkan tekanan pada lengan penunggang di samping tidak perlu memulas dengan lebih bagi menikmati kuasa motosikal.

Super Duke RR 2021 ini juga tampil dengan ekzos (slip-on) Akrapovic secara standard yang menggabungkan bahan jenis titanium dan gentian karbon.

Penggunaan panel dari gentian karbon turut menyumbang kepada berat keseluruhan jentera yang kini 9kg lebih ringan berbanding Super Duke R. Rim juga 1.5kg lebih ringan dan dipadankan bersama tayar Michelin Power Cup2.

KTM turut menaik taraf chasis Super Duke RR dengan fork WP Apex Pro 7548 Close Cartridge, steering damper WP Apex Prro 7117 dan penyerap hentakan belakang Apex Pro 7746.

Selain itu, versi RR juga tampil dengan dua mod tunggangan tambahan, menerusi Track dan Performance di samping membenarkan penunggang membuat pelarasan penuh terhadap Launch Control, Motor Slip Regulation, respon throttle dan rear-wheel slip.

Menurut KTM, posisi handelbar dengan 760mm lebar serta lever brek dan klac juga boleh diselarasakan dengan empat pilihan mengikut kesesuaian penunggang.

Bahagian tempat duduk juga dipertingkat dengan 10mm lebih tinggi berbanding Super Duke R namun boleh diturunkan kepada 835mm dengan menyelaraskan penyerap hentakan belakang.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • lampu LED penuh yang turut menempatkan corong udara di bahagian depan
  • paparan TFT 5″ dengan skrin anti-calar
  • lima mod tunggangan – RAIN/STREET/SPORT/PERFORMANCE/TRACK
  • Cornering Motorcycle Traction Control (MTC)
  • Motor Slip Regulation (MSR)
  • Super Moto ABS
  • Cruise Control
  • Tire Pressure Monitor System (TPMS)
  • Auto Cancelling Turn Signals (ATIR)
  • KTM MyRIDE

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan kaliper (berkembar) 4-pot Brembo Stylema dengan cakera brek 320mm depan dan kaliper 2-pot Brembo dengan cakera brek 240mm belakang yang turut dibantu dengan ABS.

Dengan hanya 500 unit dibina untuk pasaran dunia, tidak dapat dipastikan berapa unit yang berjaya mendarat di Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]