Honda Winner X Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya, Lancar Dalam Masa Terdekat?

Baru-baru ini, Yamaha telah pun melancarkan Y16ZR VVA yang merupakan generasi baharu motosikal jenis moped untuk pasaran tempatan.

Kini, Boon Siew Honda, turut dicanang bakal memperkenalkan Winner X setelah motosikal itu dikesan menjalani ujian jalan raya di sini.

Meskipun gambar tersebut diambil dari belakang namun berdasarkan reka bentuk lampu dan pemegang belakang sememangnya mengesahkan model tersebut sebagai Winner X, moped 150cc yang dipasarkan di Vietnam.

Gambar ‘spy shot’ ini juga secara tidak langsung memberi bayangan bahawa Boon Siew Honda bakal memperkenalkan motosikal ini dalam masa terdekat.

Berdasarkan Winner X yang diperkenalakn di Vietnam, motosikal itu dikuasakan enjin 150cc satu silinder PGM-Fi DOHC yang menawarkan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm.

Model ini turut dilengkapi dengan teknologi ABS (Anti-lock Braking System).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]