Kawasaki Bakal Perkenalkan Ninja 700R, Lawan Yamaha YZF-R7?

Baru-baru ini, pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, disahkan bakal menghidupakan semula YZF-R7 dengan enjin 689cc parallel-twin.

Kini, timbul laporan baharu yang mendakwa Kawasaki akan mengikut jejak sama dengan memperkenalkan Ninja 700R.

Sama seperti Yamaha yang bangunkan R7 dengan enjin dari MT-07, Kawasaki akan menaik taraf enjin parallel-twin dari Ninja 650.

Bagi menghangatkan lagi khabar angin ini, laman Instagram, Kardesign, turut berkongsi beberapa imej ‘render’ yang membayangkan rupa Ninja 700 ini.

Mengambil inspirasi dari Ninja ZX-10R terbaru, rekaan depan dan belakang menyamai model 1000cc itu namun dengan penggunaan komponen yang lebih rendah antaranya kaliper brek Nissin berbanding Brembo.

Laporan baharu turut mendakwa enjin Ninja 700R ini akan menawarkan sekitar 95hp.

Segmen motosikal pertengahan semakin rancak dengan beberapa model supersport baharu antaranya Aprilia RS600 dan Honda CBR650R.

Menyaksikan populariti segmen ini semakin meningkat maka bukan satu kejutan jika khabar angin mengenai Ninja 700R bakal menjadi kenyataan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]