Pengeluaran Ducati Monster 2021 Bermula

Ducati mengumumkan pengeluaran bagi Monster 2021 telah pun dimulakan di kilang Borgo Panigale.

Hadir menyaksikan pemasangan model baharu itu adalah dua pelumba Ducati di MotoGP, Enea Bastianini dan Luca Marini.

Bastianini dan Marini sempat singgah sebelum ke Qatar bagi sesi ujian rasmi sulung musim ini.

Ducati Monster merupakan model paling popular Ducati dengan lebih 350,000 unit telah pun dijual diseluruh dunia setakat ini.

Sebagai penghargaan terhadap model laris itu, Ducati melancarkan Monster 2021 menerusi siaran Ducati World Premier 2021 hujung tahun lalu.

Menurut Ducati, segalanya tentang Monster 2021 ini adalah serba baharu namun masih lagi mengekalkan DNA model sebelumnya antaranya rekaan tangki jenis ‘bison back’ termasuk bentuk lampu bulat.

Bagi tahun 2021, Ducati meninggalkan kerangka jenis steel trellis dan sebaliknya memilih kerangka depan jenis aluminium yang terdapat pada Panigale V4 dalam usaha merendahkan berat jentera yang kini hanya 166 kilogram.

Setiap komponen juga telah direka semula dan hasilnya rim kini 1.7kg lebih ringan, swingarm 1.6kg lebih ringan dan berat subframe turun 1.9kg hasil daripada teknologi GFRP (Glass Fibre Reinforced Polymer) sekaligus menyaksikan penurunan berat sehingga 18kg.

Ducati Monster 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Ducati Quickshift (up/down)
  • ABS Cornering
  • Traction control
  • Wheelie control
  • Launch control.
  • Tiga mod tunggangan; Sport, Urban dan Touring
  • Paparan TFT 4.3 ini berwarna
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]