Proton Iriz Dan Saga R3 Limited Edition Dilancarkan – Dari RM42,300!

Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Exora dan Persona Black Edition untuk pasaran tempatan, hari ini.

Empat model edisi khas ini meneruskan kesinambungan atas kejayaan Saga Edisi Ulang Tahun dengan 1,100 unit habis dijual kurang lima hari selepas pelancaran.

Proton Persona dan Exora Black Edition

Kedua-dua model ini didatangkan dengan pilihan warna hitam dengan kemasan berwarna emas yang diserlahkan di bahagian bumper dan roda aloi.

Ruang dalam pula menawarkan tempat duduk kulit serba hitam termasuk penutup pintu serta konsol lantai.

Proton Exora tampil dengan monitor overhead manakala Persona mendapat bumbung dalam berwarna hitam.

Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut:

  • Proton Persona Black Edition – RM54,700 (2,000 unit sahaja)
  • Proton Exora Black Edition – RM67,800 (500 unit sahaja)

Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition

Kedua-dua model ini didatangkan dengan gabungan warna hitam dan kuning di bahagian luar dan dalama yang merupakan warna ikonik R3 di samping penggunaan rim 16-inci R3 bagi Iriz dan 15-inci bagi Saga.

Iriz dan Saga R3 ini juga lengkap dengan kit lengkap R3 yang sporty.

Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut:

  • Proton Iriz R3 Limited Edition – RM52,900 (1,000 unit sahaja)
  • Proton Saga R3 Limited Edition – RM42,300 (3,000 unit sahaja)
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply