Gaya Cafe Racer, Honda CB350 RS Dilancarkan Di India

Honda dengan rasminya melancarkan CB350 RS untuk pasaran India.

Khabar angin mengenai model berkonsepkan cafe racer ini mula bertiup kencang sejurus selepas Honda memperkenalkan H’ness CB350, tahun lalu.

Honda H’ness CB350 merupakan usaha pengeluar motosikal Jepun itu mencabar dominasi Royal Enfield Classic 350 di India.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat H’ness berpeluang menarik lebih ramai pembeli dengan pengayaan lebih moden, maka terhasilkan CB350 RS.

Meskipun berlandaskan H’ness CB350 namun CB350 RS menampilkan elemen motosikal ‘cafe racer’ dengan kedudukan lebih kedepan hasil penggunaan ‘handlebar’ yang lebih rata dan lurus.

Bahagian ekzos juga telah direka semula, kali ini lebih pendek dengan kemasan hitam berbanding krom pada H’ness.

Seperti H’ness, CB350 RS ini turut dikuasakan dengan enjin 348cc satu-silinder yang menjana 21hp pada 5,500rpm dan 29Nm pada 3,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 5-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]