Proton Bakal Perkenalkan Empat Model Special Edition 18 Februari Ini!

Sempena meraikan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama nasional, PROTON bakal memperkenalkan Iriz, Saga, Persona dan Exora Special Edition (SE) pada 18 Februari ini.

Menurut PROTON, kesemua model terlibat akan dipertingkat dengan elemen unik di bahagian luar dan dalam.

Orang ramai juga berpeluang membuat tempahan model SE ini pada tarikh pelancaran.

Sebelum ini, PROTON telah pun memperkenalkan Saga Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-35 dan kesemua 1,100 unit edisi khas itu habis dijual dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.

Senario ini membuktikan terdapat permintaan tinggi terhadap model edisi khas oleh PROTON.

Orang ramai boleh mengikuti pelancaran PROTON SE pada 18 Februari ini jam 11 pagi menerusi laman Facebook ProtonCarsOfficial.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply