MotoGP: Ducati Rasmikan Desmosedici 2021, Lenovo Penaja Utama

Ducati telah pun merasmikan jentera Desmosedici 2021 serta mengumumkan Lenovo sebagai penaja utama dalam pelancaran pasukan itu secara atas talian yang berlangsung, malam tadi.

Ducati bakal membuka tirai musim 2021 dengan dua muka baharu, Jack Miller dan Francesco Bagnaia menggantikan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

*Jack Miller #43

Bagi musim 2021, jentera GP21 tampil dengan warna merah lebih menonjol berbanding musim lalu dengan winglet turut diwarnakan berbanding musim lalu.

*Pecco Bagnaia #63

Pengeluar motosikal Itali itu akan membariskan enam pelumba musim ini, Miller dan Bagnaia di pasukan factory diikuti Johann Zarco dan Jorge Martin di Pramac serta Luca Marini dan Enea Bastianini di Avintia.

Marini dan Bastianini akan beraksi dengan jentera GP19.

Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengharapkan dua pelumba muda ini mampu menamatkan penantian 13 musim tanpa sebarang kejuaraan dunia.

“Dalam hidup ada masanya anda perlu lakukan perubahan dan saya rasa ini adalah masa paling sesuai untuk melakukannya.

“Kami mempertaruhkan dua pelumba muda yang telah memiliki pengalaman bersama jentera Ducati sebelum ini. Saya percayakan bakat mereka,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]