Stefan Peterhansel telah merekodkan kejuaraan Rali Dakar buat kali ke-14 selepas memenangai edisi 2021 di Saudi Arabia.
Dia berjaya mengetepikan saingan Nasser Al-Attiyah dan Carlos Sainz untuk muncul juara dengan kelebihan 14 minit 51s.
Pelumba X-raid MINI itu hanya memenangi satu daripada 12 peringkat sahaja – catatan terendah sejak 2015 – namun berjaya meletakkan dirinya dalam tiga terbaik sepanjang tempoh perlumbaan di samping tidak pernah ketinggalan lebih lima minit berbanding pelumba lain.
Peterhansel mengesahkan kejuaraan di hari terakhir di tempat ketiga, 15m 31s dihadapan Al-Attiyah.
Kejayaan ini tiba 30 tahun selepas pelumba Perancis itu merekodkan kejuaraan sulung di Dakar ketika menunggang jentera Yamaha dalam kelas motosikal.
Sementara itu, Al-Attiyah, meskipun menang lima peringkat terpaksa berputih mata tatkala hilang 12 minit dalam peringkat Prologue.
Meskipun kembali merapatkan jurang sehingga enam minit pada Peringkat 8, masalah tayar pancit (tiga kali) dan hala tuju menjejaskan usahanya musim ini selepas menamatkan musim lalu di belakang Sainz.