Motosikal Paling Banyak Guna Nombor Plat ‘Fancy’ – PDRM

Lebih 365,410 saman telah dikenakan terhadap pengguna jalan raya sejak 2019 hingga 15 Disember lalu atas kesalahan menggunakan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan motosikal merekodkan angka tertinggi dengan 226,142 saman dikeluarkan.

Manakala, 18,372 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta diikuti pemandu 4WD (12,632), lori (5,081) dan van (3,047) serta lain-lain kenderaan (136).

Angka tinggi itu sekaligus membuktikan rata-rata pengguna jalan raya mengambil mudah isu pemakaian nombor plat ‘fancy’ meskipun adalah satu kesalahan.

Minggu lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay, menegaskan pihaknya akan memburu pengguna jalan raya yang menggunakan nombor plat ‘fancy’ dengan lebih 9,985 saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut sejak Januari lalu. – Utusan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply