PLUS Jangka Peningkatan Trafik, Gesa Pastikan Baki Touch ‘n Go Cukup

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya bermula hari ini selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

Menyedari perkara ini, PLUS mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dengan baik antaranya memastikan baki Touch ‘n Go dan e-wallet mencukupi bagi mengurangkan pembaziran masa dan interaksi di plaza tol.

“PLUS mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Saya memohon kerjasama semua pelanggan untuk menyokong usaha PLUS dengan mematuhi semua Prosidur Kesihatan dan Keselamatan sepanjang perjalanan mereka di lebuh raya dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri.

“Untuk memastikan penjarakan fizikal dapat dipatuhi, kami menasihatkan pelanggan supaya membuat pra-pesanan makanan dan minuman menerusi Aplikasi PLUS,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Orang ramai juga boleh tambah nilai Touch ‘n Go di 13,000 lokasi tambah nilai seluruh negara bagi memudahkan perjalanan.

Sementara itu, PLUS juga menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi PLUS yang menyediakan paparan video CCTV lebuh raya dan butang kecemasan SOS yang akan membantu sewaktu kecemasan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply