Razlan Razali Nafi Dakwaan Petronas SRT Ketepikan Pelumba Tempatan

Prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, menafikan dakwaan pasukan itu mengetepikan pelumba tempatan selepas tidak menyambung kontrak Khairul Idham Pawi @ KIP.

*Datuk Razlan Razali

Senario itu bertukar runcing apabila KIP mengumumkan persaraan menerusi temu bual bersama Nadi Arena, baru-baru ini.

Menurut Razlan, banyak peluang telah diberikan kepada pelumba itu namun kegagalan menghadirkan keputusan memberangsangkan dalam tempoh dua musim membawa kepada keputusan untuk tidak menyambung kontrak KIP.

“Kami turunkan KIP dari Moto2 ke Moto3 selepas dia mengalami kecederaan supaya dia boleh lakukan yang terbaik.

“Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya. Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran,” jelas Razlan.

Sementara itu, Razlan mendedahkan Petronas SRT akan kembali membuka peluang kepada peluang tempatan jika mereka mencapai prestasi cemerlang di Kejuaraan FIM CEV Eropah.

“Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tetapi mereka belum bersedia untuk tahun depan.

“Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam,” tambahnya. – Bernama

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply