Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Isnin

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula 7 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat sewaktu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, PKPB di negeri Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berakhir 6 Disember (esok) ini.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menurut Ismail Sabri, pihak polis juga akan menamatkan sekatan jalan raya Isnin ini namun akan memfokuskan dalam penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]