Modenas telah berkongsi imej ‘teaser’ di laman sosial yang didakwa membabitkan kemunculan model baharu bagi skuter maxi, Elegan.
Menurut info dikongsikan, model terbabit akan dilancarkan pada 19 November ini menerusi siaran digital.
Berdasarkan imej dikongsikan, jelas memaparkan skuter maxi, Modenas Elegan yang merupakan penjenamaan semula daripada Kymco X-Town 300i yang didatangkan dengan enjin 276cc yang menawarkan 24hp dan 25Nm.
Bagaimanapun, seperti Elegan 250 sebelum ini dijangka model terbabit akan menawarkan sesaran yang lebih rendah – 250cc – bagi menyesuaikan dengan pemegang lesen B2 di Malaysia.
Maklumat lebih terperinci mengenai skuter maxi ini akan didedahkan pada 19 November nanti.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]