SPYSHOT:CFMoto MT800 Lancar Disember Ini Di China?

Pada Januari lalu, CFMoto memaklumkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah motosikal adventure dengan enjin KTM.

Motosikal itu yang diberi nama MT800 kini kelihatan lebih jelas berdasarkan imej intipan yang tular di media sosial, baru-baru.

CFMoto MT800 ini pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada September namun ditangguh sehingga penghujung Disember atau awal Januari 2021 susulan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beberapa gambar yang tular ini mendedahkan rupa bentuk jelas MT800 termasuk enjin (KTM) parallel-twin 799cc LC8 yang tampak sama seperti yang terdapat pada KTM 790 Adventure.

Enjin terbabit menawarkan 95hp pada 8,00rpm dan 88Nm pada 6,500rpm.

Walaupun mengguna pakai fork depan WP seperti yang ditawarkan KTM namun MT800 ini lebih memfokuskan tunggangan atas jalan raya berbanding ‘off-raoad’.

Meskipun ini percubaan baharu CFMoto namun hasil kerjasama KTM, MT800 ini pastinya akan memberi saingan terhadap BMW F 750 GS, F 850 GS malah Triumph Tiger 900!

Apa yang pasti, MT800 ini akan menawarkan harga yang jauh lebih rendah.

Dalam perkembangan lain, CFMoto telah pun memperkenalkan motosikal sport touring menerusi CFMoto 1250 TR-G yang merupakan model paling berkuasa pernah dihasilkan pengeluar motosikal China dengan 140hp hasil daripada enjin 1,279cc V-Twin dari KTM.

Sumber di Malaysia turut memaklumkan bahawa 1250 TR-G ini akan turut dilancarkan disini pada 2021.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]